fbpx
Biji kopi dan daging itik sejuk beku yang dirampas AKPS di Pelabuhan Barat.

AKPS rampas 44 tan dagangan hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Cubaan menyeludup lebih 44 tan dagangan hasilan haiwan dan pertanian bernilai hampir RM1 juta digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Pelabuhan Barat, di sini hari ini.

Kejayaan itu hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) terhadap tiga konsainan dagangan
di Tapak Pemeriksaan Kontena CFS4 bermula pukul 11.30 pagi.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua barangan dagangan tidak mempunyai permit import yang sah.

Katanya, ini melibatkan daging itik sejuk beku dari Ireland seberat 16,161.28 kilogram (kg) dan sejumlah 24,958.10 kg
daging babi sejuk beku dari Belgium.

“Manakala dagangan hasil pertanian iaitu
biji kopi dari Colombia yang seberat 3,500 kg diimport tanpa Perakuan FAMA 3P seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan.

” Secara keseluruhan, jumlah rampasan melibatkan 44,619.38 kg dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM916,156.02,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nik Ezanee menambah, semua dagangan berkenaan disita bagi mengelakkan risiko kemasukan penyakit haiwan serta memastikan aspek keselamatan makanan dan kesihatan awam negara terus terpelihara.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN