fbpx
MANGSA yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Pelajar kolej maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang penuntut Kolej Komuniti Selandar maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, penuntut lelaki berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kemalangan tersebut melibatkan motosikal yang ditunggang mangsa, sebuah kereta jenis Honda City dan treler.

Katanya, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Sungai Udang menuju ke Kolej Komuniti Selandar.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah kereta Honda City yang dipandu wanita berusia 48 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN