![]() |
MUMBAI, India dan NEW YORK, 4 Februari 2026 /PRNewswire/ — Institut Gemologi Antarabangsa (IGI), satu daripada organisasi penggredan dan pensijilan berlian bebas terbesar dan paling dipercayai di dunia, pada hari ini mengumumkan pengambilalihan Makmal Gemologi Amerika (AGL), peneraju global dalam analisis dan pelaporan sumber batu permata berwarna. Transaksi ini menyatukan skala dan infrastruktur global yang tiada tandingannya dengan kepakaran saintifik yang mendalam, meletakkan kumpulan gabungan tersebut di barisan hadapan pensijilan dan kepercayaan dalam industri barang kemas global.
Pengambilalihan itu mewujudkan platform global yang menggabungkan jangkauan pasaran terkemuka industri IGI dengan kepimpinan rintisan AGL dalam bidang batu permata berwarna. Bersama-sama, IGI dan AGL akan menyampaikan ketelusan dan inovasi yang dipertingkat sambil mengekalkan kebebasan dan integriti saintifik yang menyokong kedua-dua organisasi itu.
Tehmasp Printer, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Global IGI, menyatakan, "Ini ialah langkah transformasi untuk industri. Dengan menggabungkan kepimpinan saintifik AGL bersama platform global IGI, kami sedang membina ekosistem sedia masa depan yang menyampaikan skala tanpa menjejaskan integriti. Bersama-sama, kami menetapkan penanda aras global baharu untuk ketekalan dalam pensijilan batu permata."
Sorotan Utama:
- Gabungan Strategik: IGI akan menyediakan akses AGL kepada infrastruktur global institut, dengan itu memberikan AGL peluang untuk memperluas perkhidmatan pensijilan batu permata berwarna di luar pasaran Amerika Syarikat. Bagi IGI, transaksi ini mempelbagaikan aliran pendapatan ke dalam segmen batu permata berwarna yang berkembang pesat dan menyokong pertumbuhan jangka panjang melalui keupayaan penyelidikan yang diperluas.
- Kesinambungan Perniagaan: Chris Smith akan terus menjadi Presiden dan Ketua Pakar Gemologi AGL. Makmal tersebut akan kekal beribu pejabat di New York, beroperasi secara bebas di bawah jenama yang dihormati. Tiada perubahan operasi secara serta-merta dirancang; kedua-dua organisasi akan terus menyampaikan standard teknikal yang sama sambil bekerjasama dengan menggunakan alatan baharu dan perkhidmatan sumber.
- Kepimpinan Pendidikan: IGI akan memperkukuh program latihan global institut dengan menggabungkan pengetahuan saintifik dan metodologi penyelidikan khusus AGL.
- Pelaburan Jangka Panjang: Disokong oleh pendekatan pelaburan jangka panjang Blackstone, IGI berhasrat menggunakan strategi berdisiplin untuk menyokong pertumbuhan berterusan dan kepimpinan saintifik AGL.
Ditubuhkan pada tahun 1977, AGL merintis pelaporan negara asal di Amerika Syarikat dan memberikan perkhidmatan kepada jenama mewah, rumah lelongan, pengilang dan pengumpul persendirian yang terkemuka di seluruh dunia. Transaksi berkenaan mengukuhkan hubungan strategik antara Amerika Syarikat–pasaran terbesar di dunia untuk barang kemas halus–dan India, hab global untuk pembuatan batu permata.
Christopher Smith, Presiden dan Ketua Pakar Gemologi AGL, menambah, "Pengambilalihan ini merupakan peluang penting bagi AGL untuk mengembangkan perkhidmatan batu berwarna dengan seluasnya. Bersama sokongan Blackstone dan jangkauan antarabangsa IGI, AGL akan menambah baik dan memperluas standard integriti dan perkhidmatan pada skala global."
Dev Shetty, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Jemora Group dan bekas eksekutif Gemfields dan Fura Gems, berkhidmat sebagai penasihat strategik mengenai transaksi tersebut.
https://www.bseindia.com/corporates/anndet_new.aspx?newsid=f9b4cc80-1753-4446-83df-b5023b595f5d
https://investor.igi.org/wp-content/uploads/2026/01/Upload_AGL.pdf
Maklumat Tentang Institut Gemologi Antarabangsa (IGI)
Institut Gemologi Antarabangsa ialah satu daripada makmal gemologi bebas terbesar dan paling dihormati di dunia, menyediakan perkhidmatan pensijilan berlian, batu permata dan barang kemas di seluruh rangkaian makmal dan institut pendidikan global. IGI memberikan perkhidmatan kepada peruncit, pengilang dan pengguna terkemuka di seluruh dunia, menyampaikan penyelesaian penggredan dan pensijilan yang tekal, dipercayai dan telus. IGI mengendalikan 35 makmal dan 21 Sekolah Gemologi di 10 negara, menyokong industri ini di tengah-tengah transformasi yang pesat.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.igi.org
Maklumat Tentang Makmal Gemologi Amerika (AGL)
Ditubuhkan pada tahun 1977, Makmal Gemologi Amerika ialah makmal gemologi utama yang mempunyai kepakaran dalam analisis, penentuan asal-usul dan pelaporan saintifik lanjutan batu permata berwarna. Terkenal dengan kebebasan, pendekatan berasaskan penyelidikan dan kepimpinan teknikal organisasi tersebut, AGL memberikan perkhidmatan kepada jenama mewah, rumah lelong, peruncit dan pengumpul yang utama di seluruh dunia.
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2875071/IGI_Logo.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2875068/AGL_Logo.jpg
https://mma.prnewswire.com/media/2875068/AGL.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4876468_MS76468_6















