DALAM konteks sukan moden, cabaran kesihatan mental tidak lagi terhad kepada atlet di gelanggang atau padang semata-mata. Atlet e-sukan atau esport yang semakin mendapat pengiktirafan sebagai atlet profesional turut berdepan tekanan yang tidak kurang hebatnya. Jadual latihan yang panjang di hadapan skrin, persaingan global tanpa henti, tekanan untuk menang serta pendedahan berterusan kepada kritikan di media sosial menjadikan kesihatan mental atlet e-sukan isu yang wajar diberi perhatian serius. Walaupun tidak melibatkan aktiviti fizikal berat, tuntutan kognitif, emosi dan psikologi dalam……














