fbpx
Gambar menunjukkan bom tinggalan Perang Dunia Kedua dan Hospital Rangueil di Perancis. - Getty Images/AFP

Doktor keluarkan bom dalam punggung lelaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Sepasukan doktor di Perancis mengeluarkan sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dari dalam dubur seorang lelaki, lapor akhbar Metro UK. 

Penemuan tersebut dibuat apabila lelaki berusia 24 tahun itu datang ke Hospital Rangueil, bandar Toulouse untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengadu sakit pada bahagian punggung tanpa memberikan butiran lanjut. 

Semasa melakukan pembedahan, pegawai perubatan terkejut apabila mendapati pesakit berkenaan memasukkan bom sepanjang 16 sentimeter (sm) dan 4 sm lebar ke dalam punggungnya. 

Penemuan luar biasa itu memaksa mereka memanggil skuad pemusnah bom.

Pasukan bomba memberitahu akhbar Le Parisien bahawa mereka telah mematikan bom itu tersebut. 

Lelaki itu bakal berdepan pertuduhan kerana melanggar undang-undang senjata api Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN