fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan penampakan satu entiti di Jenjarom, Selangor.

Pocong ketuk pintu rumah pukul 3 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita cemas selepas mendakwa terlihat satu entiti di luar sebuah inap desa (homestay) di Jenjarom, Selangor.

Hantaran pengguna Threads @Nral.ya_, wanita berkenaan juga terdengar beberapa ketukan pintu ketika dia berada di dalam biliknya.

“Ada yang nak tahu pocong di Jenjarom. Kita tolong kongsikan. Meremang juga nak kongsi benda ini,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman seram.

“Jiran saya pernah nampak waktu tunggu anak dia balik kerja pukul 3 pagi. Ada orang bagi salam, rupanya dia munculkan diri,” komen @Kakajmldn.

“Dulu rumah aku pernah kena ketuk macam nak roboh waktu maghrib. Nasib baik aku tak buka sebab memang kecoh ada orang kampung nampak dia,” komen @Nareenalyn.

“Rumah aku tingkat 14 pun pernah kena ketuk macam ini. Pintu rumah jenis tebal, tengok bawah pintu, tak ada bayang pula. Tengah malam dengar bunyi suara orang,” komen @Mrs_zikri. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN