AKTIVITI berbasikal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bandar di negara ini, tidak kira sama ada sebagai sukan rekreasi, gaya hidup sihat mahupun medium pelancongan alternatif. Di tengah kepesatan pembangunan dan kesibukan kota, basikal muncul sebagai simbol kebebasan, kelestarian dan ‘mengeratkan’ hubungan dengan alam sekitar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilihat sebagai bandar-bandar yang mesra penggunaan basikal. Bagi Muhammad Syaiful Ikhwan Idrus, 25, berbasikal di Putrajaya merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan menenangkan. Muhammad Syaiful mengakui bandar……














