fbpx
Tangkap layar memaparkan seekor kucing meninggalkan kesan ‘tanda’ di kaki seorang lelaki.

[VIDEO] ‘Dia dah tanda tu abang dia punya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat seorang lelaki menegur seekor kucing meraih perhatian ramai apabila haiwan itu secara tiba-tiba kencing di kakinya.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @hzrl32, lelaki berkenaan dilihat menyapa kucing itu sebelum haiwan tersebut datang mengusap kepalanya ke kaki lelaki itu.

Namun beberapa saat kemudian, kucing tersebut secara spontan meninggalkan kesan air kencingnya ke arah kaki lelaki tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya turut terhibur dengan tindakan spontan haiwan berkenaan.

“Dia sudah tanda tu abang ni dia punya,” komen Ummar.

“Bukan senang bang nak dapat minyak wangi percuma tu. Awak akan ingat sepanjang zaman tau. Hargai pemberian dia,” kata Ridhwan Abdullah.

“Paling tidak percaya dengan kucing jantan sebab mereka suka kencing merata. Saya pun pernah kena begini,” komen Wanha. – KOSMO! ONLINE

@hzrl32 #fyp #kucing ♬ suara asli – anomali bussid 🤟🏻 – rehan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN