fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seorang wanita meminta duit untuk tambang pulang di LRT KLCC.

Semalam dia minta saya RM10, hari ini minta orang lain pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita meminta pertolongan untuk duit tambang di stesen LRT, mencetuskan kemarahan ramai selepas terbongkar menipu di media sosial.

Hantaran pengguna Threads @Sabrnana, kelihatan wanita tersebut meminta duit daripada seorang individu di LRT KLCC dan mendakwa pernah membantunya sebelum ini.

“Sebelum ini, ada perempuan meminta duit untuk tambangnya balik ke Sungai Buloh di LRT KLCC. Saya terus bagi duit sahaja. Hari ini, saya nampak dia minta pada orang lain pula,” katanya.

Malah katanya, individu berkenaan tidak berada di sana sekiranya terdapat polis bantuan yang bertugas di stesen LRT tersebut.

Sementara itu, pengguna Threads @Xxibwfqh juga tertipu dengan individu sama yang meminta RM10 untuk pulang ke Shah Alam.

“Hari itu saya terkena di KL Sentral. Dia minta nak mesej abangnya sebab bateri telefon dia habis. Nak pinjam duit RM10 untuk balik ke LRT Glenmarie, Shah Alam,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial berkongsi pengalaman sama dengan individu berkenaan dengan alasan penipuan yang berbeza.

“Dia baru tegur saya waktu saya balik kerja. Tapi saya cakap pada dia, ‘saya pun nak duit’. Terus dia pergi,” komen @Amira.Zulkifli.

“Saya pun kena RM10 dengan dia. Katanya elaun tak masuk lagi. Tapi semalam, kawan saya pun kena benda sama dengan dia. Memang kawasan KLCC itu tempat dia menipu,” komen @Themilkyweigh. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN