fbpx
Keadaan bas pekerja dan lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

[VIDEO] Tular insiden bas pekerja dilanggar lori tangki, mangsa patah kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tiada mangsa terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah bas pekerja dan lori tangki minyak yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pandamaran, Klang semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Kamalariffin Aman Shah susulan penyebaran video berdurasi 25 saat di media sosial mendakwa berlakunya kemalangan maut tersebut.

Kata beliau, kemalangan berlaku pukul 8.30 malam itu hanya menyebabkan kecederaan kepada pemandu bas pekerja.

“Mangsa yang kedua-dua kaki telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut. Pemandu lori tangki minyak itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lori dari Pelabuhan Barat berkenaan telah bertembung dengan sebuah bas pekerja dari arah bertentangan yang sedang membelok ke simpang kanan.

Tegasnya, ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu tidak membawa sebarang penumpang dan muatan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak memuat naik atau menyebarkan sebarang rakaman video, gamabr atau maklumat yang boleh mengelirukan orang awam serta belum disahkan kesahihannya.

“Mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Syahid Salahudin di talian 011-35753557 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI