fbpx

HCLTech dan Guardian Bekerjasama untuk Mempercepat Perjalanan Transformasi Teknologi yang Dipacu AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK dan NOIDA, India, 29 Januari 2026 /PRNewswire/ — HCLTech (NSE: HCLTECH.NS) (BSE: HCLTECH.BO), syarikat teknologi global terkemuka, telah dipilih oleh The Guardian Life Insurance Company of America® (Guardian), satu daripada syarikat insurans hayat Amerika Syarikat yang terbesar dan penyedia utama manfaat pekerja, bertujuan mempercepat perjalanan transformasi teknologi dipacu AI Guardian dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lancar.

Perkongsian berbilang tahun itu menunjukkan anjakan yang lebih luas ke arah pemodenan teknologi jangka panjang di Guardian, dengan penekanan pada transformasi yang diterajui AI dan operasi IT yang diperkemas. Sebagai sebahagian daripada perkongsian berkenaan, Guardian akan memanfaatkan platform transformasi perkhidmatan GenAI HCLTech, AI Force, untuk menyokong inisiatif inovasi teknologi seluruh perusahaan yang sedang berjalan. Perkongsian ini akan meningkatkan kecekapan operasi Guardian, menambah baik hasil kejuruteraan dan mempercepat masa ke pasaran merentasi pembangunan aplikasi, sokongan, pengujian dan pengurusan infrastruktur.

"Bekerjasama dengan HCLTech ialah langkah utama dalam strategi jangka panjang kami untuk memanfaatkan data dan AI, menyatukan perkhidmatan dengan rakan kongsi strategik tunggal dan memodenkan asas teknologi teras kami," kata Steve Rullo, ketua pegawai digital dan teknologi di Guardian. "Perkongsian ini membolehkan kami mempercepat inovasi digital fungsi bersemuka dengan pelanggan, menambah baik kecekapan merentasi operasi kami dan menyampaikan pengalaman lebih lancar kepada pelanggan dan pemegang polisi yang mempercayai Guardian."

"Bekerjasama dengan satu daripada syarikat insurans terbesar di Amerika Syarikat menegaskan kepimpinan HCLTech dalam perkhidmatan kewangan, didorong oleh kepakaran AI kami dan pengalaman industri yang mendalam," kata Srinivasan Seshadri, ketua pegawai pertumbuhan dan ketua perkhidmatan kewangan global di HCLTech. "Ini merupakan masa yang menarik untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan perniagaan Guardian kerana kami memanfaatkan pengalaman transformasi teknologi dan jejak global kami bagi membantu syarikat merealisasikan matlamat perniagaan."

Maklumat Tentang HCLTech

HCLTech ialah syarikat teknologi global dengan lebih daripada 226,300 tenaga kerja merentasi 60 negara, menyediakan keupayaan terkemuka industri yang tertumpu kepada AI, digital, kejuruteraan, awan dan perisian, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentasi semua industri utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi Tinggi, Semikonduktor, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG, Mobiliti dan Perkhidmatan Awam. Jumlah hasil terkumpul bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada Disember 2024 ialah sebanyak $14.5 bilion. Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepat kemajuan anda, sila kunjungi hcltech.com.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:

Meredith Bucaro, Amerika
[email protected]

Elka Ghudial, Eropah
[email protected]

James Galvin, APAC
[email protected]

Nitin Shukla, India, Timur Tengah dan Afrika
[email protected]

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2648325/HCLTech_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4873265_MS73265_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI