fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan kereta jenis Toyota Alphard jadi benteng sekat paip air pecah di Segambut.

Paip pecah di Segambut, Alphard jadi benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa lega apabila sebuah kenderaan mewah bertindak menyekat pancutan air deras akibat paip pecah bagi membolehkannya dan pengguna lain melalui jalan itu di Segambut, pagi tadi.

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, @Jugusseo, situasi cemas itu tercetus apabila aliran air kuat mengundang panik dalam kalangan pengguna sebelum sebuah Toyota Alphard tampil membantu dengan menyekat laluan pancutan air berkenaan.

“Paip pecah di Segambut. Terima kasih kepada Alphard putih yang tolong sekat air dan beri laluan kepada semua. Saya memang takut tadi, ingatkan cermin kereta akan pecah,” katanya.

Video berdurasi 21 saat yang dikongsi itu turut memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bergerak perlahan ketika melalui kawasan terbabit susulan pancutan air deras berkenaan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji keprihatinan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu, selain berseloroh mengenai tindakannya.

“Baiknya Alphard itu. Semoga dipermudahkan urusan, tapi mungkin dia nak basuh kereta percuma sahaja,” komen @Ayuuhamid.

“Dia bukan nak tolong sangat pun, mungkin nak siram kereta percuma. Nanti pusing balik sebab nak cuci bahagian kiri pula,” tulis @F.k.mad.

“Susah nak jumpa pemandu kereta ‘peti ais’ yang besar dan baik. Mungkin yang ini secara tak sengaja buat kebaikan sebab nak cuci kereta,” komen @Radinnafzan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN