fbpx
GAMBAR fail Mina Sue-choi. - Foto AFP

Ratu cantik dikritik ‘main kayu 4’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Pemenang ratu cantik Miss Earth 2022, Mina Sue-choi dikritik hebat kerana  tingkah lakunya dalam rancangan realiti temu janji Netflix berjudul ‘Single’s Inferno’ lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Menurut laman berita Znews, Mina, 27, menjadi tumpuan kontroversi selepas episod keempat rancangan itu disiarkan pada 20 Januari lalu apabila penonton menuduhnya cuba mendekati empat peserta lelaki serentak.

Dalam episod tersebut, Mina pada mulanya pergi ke Pulau Paradise bersama seorang peserta lelaki, Lim Su-been dan kelihatan jelas cemburu apabila Lim berinteraksi dengan wanita lain. 

Namun, dia kemudian mengejutkan penonton apabila memberikan gula-gula kepada seorang lagi peserta lelaki, Lee Sung-hun.

Ketegangan semakin terserlah semasa aktiviti unggun api dan permainan ‘truth or dare’.

Namun, apabila Mina ditanya siapa yang ingin dibawanya ke Pulau Paradise, dia  mengetepikan Lim dan Lee, sebaliknya memilih Woo Sung-min, sambil berbisik: “Boleh awak pergi dengan saya?”

Pilihan itu mengejutkan para peserta dan pengulas di studio, kerana sebelum ini Mina meletakkan Woo di tempat ketiga dalam senarai lelaki diminatinya, manakala Lee di tempat pertama.

Dalam temu bual berasingan bersama pasukan produksi, Mina berkata, dia mula berasa rapat dengan Woo selepas mereka menyelesaikan sesi fotografi bersama dan mahu mengenalinya dengan lebih mendalam. 

Mina kemudian menambah lagi kejutan apabila mendedahkan bahawa dia juga mula menyimpan perasaan terhadap seorang lagi peserta, Song Seung-il.

“Dia berminat dengan semua yang ada dalam rancangan itu,” tulis seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI