BANGKOK dan BANDUNG, Indonesia, 29 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tatkala tahun baharu bermula, Yili Group terus membina momentum di Asia Tenggara. Baru-baru ini, subsidiari-subsidiari Yili di Thailand dan Indonesia berjaya mengadakan Persidangan Rakan Kongsi Teratas 2026 masing-masing di Bangkok dan Bandung. Acara ini menghimpunkan lebih 120 rakan kongsi di Bangkok dan 263 rakan kongsi di Bandung dari Indonesia, Vietnam, Filipina dan selanjutnya bagi meraikan jalinan kolaborasi dan meninjau peluang baharu demi mencapai pertumbuhan bersama.
Tatkala Yili memperdalam jejak globalnya, syarikat ini terus maju di seluruh Asia Tenggara dan dunia, saling bekerjasama dengan rakan kongsi bagi membentuk masa depan industri tenusu antarabangsa.
Strategi Penyetempatan Membuahkan Hasil
Pada tahun 2025, biarpun dengan persekitaran global yang kompleks dan persaingan yang semakin sengit, Yili tetap komited kepada strategi penyetempatannya dan memberikan hasil yang mengagumkan.
Di Indonesia, aiskrim Joyday mencapai satu lagi kejayaan dengan menjadi satu-satunya jenama dalam industri tempatan yang menyaksikan pertumbuhan dalam penukaran pembelian. Di Thailand, aiskrim Cremo terus mengembangkan bahagian pasaran dan pengiktirafan jenamanya, selain mencapai kemajuan yang ketara dalam pembinaan jenama, inovasi produk, pengembangan saluran serta tanggungjawab sosial korporat.
Memperkenalkan Produk-produk Baharu yang Inovatif
Berpandukan falsafah "Tiada Inovasi, Tiada Masa Depan," Yili memanfaatkan pandangan yang mendalam mengenai arah aliran pengguna tempatan bagi membangunkan beraneka jenis produk baharu yang diperkenalkan secara rasmi di persidangan-persidangan.
Barisan produk baharu ini menerima pujian tinggi daripada para pengedar lantaran rasanya yang kaya, reka bentuk yang inovatif dan pembungkusan yang menarik perhatian. Seorang pengedar mengulas, "Yili sentiasa memahami keperluan pengguna dengan tepat. Produk-produk baharu ini mengekalkan standard kecemerlangan jenama dan dalam masa yang sama mencapai kemajuan dari segi rasa dan keserbagunaan. Kami yakin ia akan mencapai kejayaan pasaran yang hebat!"
Memulakan Perjalanan Baharu bersama Rakan Kongsi
Semasa berlangsungnya persidangan, Yili mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada rakan kongsi jangka panjangnya dan memberi pengiktirafan kepada para pengedar yang cemerlang dengan anugerah.
Bermula dengan pelancaran Joyday di Indonesia hinggalah kepada pengukuhan semula Cremo di Thailand, Yili membina asas kepercayaan bersama yang kukuh bersama rakan kongsi Asia Tenggara. Di acara Bandung, rakan kongsi jangka panjang menyatakan, "Selepas tujuh tahun menjalin kolaborasi, Yili membuktikan bahawa apabila kita bersatu, apa sahaja mampu dicapai."
Begitu juga semasa berlangsungnya persidangan Thailand, seorang pengedar berkongsi, "Berkolaborasi dengan Yili pada tahun 2025 merupakan pengalaman yang bermanfaat dan saling menguntungkan. Produk berkualiti tinggi, pemasaran bersasar dan sokongan komprehensif mereka terus-menerus memperkukuh daya saing kami dalam pasaran tempatan."
Yili Group tetap berdedikasi untuk memperluas kehadirannya di Asia Tenggara dan seterusnya. Dengan memantapkan jenama, mengoptimumkan produk, mengembangkan saluran dan mengukuhkan infrastruktur, Yili akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi membina "Ekosistem Kesihatan Global" yang menyediakan produk kesihatan yang lebih berkualiti tinggi dan lebih pelbagai kepada pengguna di seluruh dunia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4872910_MS72910_6
















