fbpx
Antara warganegara China yang ditahan serta barang rampasan di lokasi serbuan JIM Perak di Ipoh semalam. - Foto IHSAN JIM PERAK

Sindiket judi dalam talian tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebuah sindiket perjudian dalam talian didalangi warganegara China ditumpaskan Jabatan Imigresen (JIM) Perak menerusi satu operasi khas semalam.

Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata, operasi tersebut dilaksanakan di dua buah rumah di sekitar kawasan Ipoh dipercayai dijadikan sebagai pusat operasi kegiatan perjudian dalam talian.

“Hasil serbuan, pihak JIM Perak telah menahan seramai 17 orang warganegara China terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita.

“Kesemua individu terbabit telah ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peratuan Imigresen 1963,” katanya di Ipoh hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, pihak JIM Perak turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Antaranya, menurut James ialah sebuah unit iPad, dua unit kamera digital (digital camcorder), 15 unit komputer riba, 40 unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM10,500.

“Kesemua orang kena tahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN