fbpx
PELBAGAI jenis mercun yang berjaya dirampas dalam Operasi Taring Charlie dijalankan Batalion 5 PGA Simpang Renggam di sekitar Johor Bahru, 20 Januari lalu. Foto IHSAN PGA

Beli mercun ‘halal’, simpan secara haram dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Cubaan satu sindiket penyeludupan menyimpan dan mengedar mercun secara tidak sah berjaya digagalkan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Taring Charlie di dua lokasi di daerah ini, 20 Januari lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Salehin Suleiman berkata, pihaknya membuat dua serbuan di kawasan Taman Ungku Tun Aminah dan Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.

Katanya, dalam serbuan pada pukul 8.30 malam, pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 dan merampas sebuah kereta jenis Daihatsu Delta, sebuah Ford Raptor dan 194 kotak mercun pelbagai jenama.
“Modus operandi sindiket ini membeli mercun dari pembekal-pembekal berlesen dan kemudiannya suspek menyimpan bekalan mercun di beberapa rumah yang telah dijadikan stor sementara.

“Semakan ke atas suspek mendapati tidak memiliki sebarang permit membeli, mengedar dan menyimpan mercun secara sah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Salehin berkata, nilai rampasan mercun dianggarkan RM150,000 dan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM309,893.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI