fbpx
Ahmad Zahid hadir pada Majlis Peluncuran Penjenamaan TVETMara di Institut Kemahiran Mara (IKM) Seberang Perai Utara, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD

IKM, KKTM, MJII dijenamakan sebagai TVETMara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kerajaan memperkukuh agenda pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) apabila semua Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Mara–Japan Industrial Institute (MJII) dijenamakan semula sebagai TVETMara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjenamaan semula meliputi sebanyak 25 institusi menyatukan keseluruhan ekosistem institusi TVET di bawah Mara secara lebih tersusun, bersepadu dan berpaksikan keperluan pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, ketiga-tiga institusi terbabit menyediakan tahap pendidikan berbeza, sekali gus membuka peluang kepada golongan yang tidak memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau gagal memperoleh kredit untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang TVET.

“GiatMara berjalan seperti biasa dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Tahap Satu hingga Tahap Tiga manakala Tahap Empat dan Tahap Lima di bawah TVETMara.

“Selepas itu pelajar boleh menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

“Sekiranya mereka mahu terus terjun dalam bidang pekerjaan dengan kelulusan profesional yang telah saya sebutkan, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Penjenamaan TVETMara di Tasek Gelugor di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI