fbpx
Pasukan penguat kuasa MBS merobohkan struktur tambahan di sebuah premis di Pusat Dagangan Seremban 2, Seremban pagi tadi.

Dah rayu minta tangguh, masih degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan dua premis nasi kandar dan bistro membina struktur tambahan kekal tanpa kelulusan di Pusat Dagangan Seremban 2, di sini, mengundang padah apabila dirobohkan pagi tadi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kawalan Bangunan telah mengeluarkan dua notis meroboh 14 hari kepada kedua-dua premis sejak 2024 dan satu notis bagi tahun 2025, namun mereka gagal mematuhi arahan meroboh.

“Hasil keputusan Mesyuarat Jabatan Pusat Setempat pada 7 Mei 2025 juga memutuskan supaya notis pengosongan premis 30 hari dikeluarkan kepada pemilik binaan bertarikh 22 Mei 2025 terhadap dua premis terlibat yang mana kedua-dua premis itu merupakan pemilik sama.

“Pemilik merayu penangguhan kerja perobohan dan MBS telah membenarkan hingga 31 Disember 2025, namun pemilik masih gagal mematuhi arahan notis sehingga membawa kepada tindakan lebih tegas,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihak MBS telah mengambil penetapan tindakan meroboh selepas semua notis yang dikeluarkan oleh pihak MBS diingkari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN