fbpx
AZNAN (tengah) ketika melawat PPS SK Sungai Kapal, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI

Kebakaran tanah gambut: Tutup sekolah jika bacaan IPU buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Tindakan menutup sekolah akan dilaksanakan sekiranya pencemaran asap susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, alat pemantauan udara (GRIMM) akan dipasang hari ini di sekolah sekitar Taman Bayu Damai, Pengerang yang berisiko terjejas dengan keadaan itu.

“Setakat ini sekolah masih beroperasi seperti biasa kerana laluan asap itu tak sampai ke kawasan sekolah dan kami juga mengharapkan pihak jabatan terbabit akan berhubung langsung dengan kita.

“Kalau ada peningkatan (bacaan udara) pihak kami dan juga pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Kota Tinggi akan mulakan tindakan, mungkin kita tutup sekolah atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal hari ini.

Aznan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat berkata, setakat ini lapan murid terjejas daripada keseluruhan 112 mangsa yang dipindahkan, namun kesemua mereka masih hadir ke sekolah seperti biasa dan mendapat kelonggaran dari segi pemakaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN