fbpx
Pasangan ini berkahwin di rumah seorang penduduk. - Istimewa

Datuk 70 tahun bawa ibu tunggal 40 tahun kahwin lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang datuk berusia 70 tahun di Sumbawa, wilayah Nusa Tenggara Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan perkahwinan dengan seorang ibu tunggal berusia 40 tahun, lapor laman berita Detik kelmarin.

Lebih menjadi perbualan ramai adalah pasangan tersebut dikatakan berkahwin lari selepas tidak mendapat restu daripada keluarga pengantin perempuan.

Dalam satu video tular di media sosial, pasangan itu bernikah di salah sebuah rumah penduduk di Kampung Padesa.

Ketua Kampung Padesa, Saipuddin berkata, pasangan itu berkahwin pada 20 Januari lepas.

Menurutnya, mereka berkahwin di luar kawasan tempat tinggal masing-masing kerana keluarga pengantin perempuan enggan memberikan restu. 

“Penolakan itu disebabkan oleh usia pengantin lelaki yang dianggap terlalu tua.

“Pasangan itu terpaksa berkahwin lari. Mereka datang ke Kampung Padesa untuk berkahwin kerana keluarga pengantin perempuan tidak merestui perkahwinan itu,” kata Saipuddin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN