fbpx
PELAJAR sekolah memandu sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Memandu Rembau semalam.

Orang KL, Selangor rentas negeri ambil lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tempoh me­nunggu yang panjang sehingga mencecah enam hingga lapan bulan untuk mendapatkan lesen memandu di Lembah Klang mendorong ramai pemohon merentas ke negeri lain untuk mendapatkan lesen dengan cepat.

Tinjauan Kosmo! mendapati, fenomena itu bukan sahaja melibatkan golongan muda dan pelajar, malah penjawat awam serta suri rumah yang memerlukan lesen bagi urusan kerja dan kecemasan sanggup ke Rembau dan Manjung untuk tujuan tersebut.

Difahamkan, situasi itu seakan tidak berubah selepas pandemik Covid-19 yang memerlukan pemohon menunggu lama ekoran terlalu ramai yang mahu mendapatkan slot mengambil lesen.

Mustafa Akmal Kamaruzaman, 37, yang menetap di Kajang, Selangor memilih mengambil lesen di Rembau, Negeri Sembilan selepas mendapati slot ce­ramah di Lembah Klang sahaja mengambil masa hampir dua bulan.

“Itu baru ceramah, belum ujian komputer dan kelas lagi. Saya kira-kira, kalau ambil lesen di Lembah Klang, lebih tiga bulan baru boleh dapat.

“Lima kali saya ke sini, pe­ngajar membawa saya ke kedai makan berbeza. Saya sudah suka Rembau melalui masakan,” katanya.

Muhammad Nur Najmuddin Nor Aminudin, 28, dari Kota Damansara pula berkata, ini merupakan kali kedua dia mengambil lesen selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

“Di Rembau, saya dijamin dapat lesen kurang 60 hari. Dua minggu selepas ceramah, saya terus duduki ujian komputer.

“Ia jauh berbeza berbanding Lembah Klang yang memerlukan masa berbulan-bulan walaupun untuk mendapatkan lesen L,” katanya.

Suri rumah, Nor Haidah Mohd. Yassin, 51, berkata, dia sanggup menempuh perjalanan jauh dari Puchong ke Rembau.

“Sepanjang 45 hari di sini, saya jumpa ramai juga pemohon dari Bangi, Shah Alam dan Klang,” katanya.

Seorang pengajar memberikan tunjuk ajar kepada salah seorang calon ketika menjalani kelas di Pusat Latihan Memandu Rembau semalam.

Menurutnya, walaupun pusat latihan memandu berhampiran rumah hanya mengambil masa lima minit perjalanan, faktor masa menjadi keutamaan untuk memilih Rembau.

Penjawat awam, Mohammad Badzrul Hafifi Ahmad Kamal, 33, berkata, dia memilih untuk mengambil lesen motosikal Kelas B di Manjung, Perak.

“Di sekitar Lembah Klang, khususnya Kuala Lumpur, tempoh menunggu untuk B Full (Kelas B) antara enam hingga lapan bulan berbanding tiga bulan di Manjung,” katanya.

Mohammad Badzrul yang menetap di Kuala Lumpur mendaf­tar lesen pada November lalu dan berjaya mendapat giliran pada Februari tahun ini.

“Tambahan minyak dan tol sekitar RM100 sahaja. Saya lebih utamakan dapat lesen dengan segera,” katanya.

Ujar Mohammad Badzrul, dia bimbang peluang peralihan lesen Kelas B dengan kos rendah di bawah RM200 tidak lagi ditawarkan pada masa hadapan.

Sementara itu, seorang barista, Ahmad Ikhwan Adnin Ahmad Fuad, 21, berkata, faktor kewangan menjadi sebab utama dia mengambil lesen B2 dan D di Seremban meskipun menetap di Dengkil.

“Kalau di Lembah Klang, harga lesen jauh lebih mahal sekitar RM2,200 untuk B2 dan D dan tempoh menunggu sekitar lima hingga enam bulan. Di Seremban tempoh sekitar tiga bulan sahaja, paling lewat pun kurang empat bulan,” katanya.

Ikhwan yang mendaftar pada 15 Oktober lalu memulakan ujian hanya tiga hari kemudian.

Menurutnya, ia berbaloi walaupun perlu berulang-alik.

“Perbezaan harga boleh cecah RM500 hingga RM600 lebih murah berbanding Lembah Klang. Kos tambahan saya hanya sekitar RM100 untuk minyak motosikal,” jelasnya.

Sementara itu, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Siti Aisyah Abdul Halim, 22, berkata, dia tidak mahu me­nunggu berbulan-bulan di Lembah Klang dan mengambil risiko tertangguh memulakan kerja sambilan.

“Di kampung (Kangar, Perlis) tempoh menunggu jauh lebih singkat. Lepas daftar, dalam seminggu saya dah selesai dapatkan lesen L lepas lulus ujian komputer. Daripada penerangan pihak sekolah memandu, saya boleh habiskan ujian untuk lesen motosikal B2 dalam masa kurang tiga bulan sementara tengah cuti semester ketika ini.

“Ia sangat membantu untuk saya lakukan kerja sambilan sepanjang berada di kampus lepas berjaya miliki lesen motosikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN