fbpx
Anggota bomba menjalankan tinjauan ke kawasan terjejas banjir.

Sarawak dilanda gelombang kedua banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Sarawak dilanda gelombang kedua banjir dengan beberapa kawasan mula dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Antara lokasi terjejas ialah di Kampung Seruyuk, Kota Samarahan apabila seramai 25 penduduk daripada lapan Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan, kesemua penduduk terbabit dipindahkan ke PPS bangunan masjid lama Kampung Seruyuk pada pukul 8 pagi, hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan menyatakan tinjauan pagi tadi mendapati beberapa rumah penduduk di Kampung Malagangai dan Jalan Sungai Poyan di Limbang telah dilanda banjir, namun tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

Selain itu, tinjauan di Kampung Sadong Jaya Ulu, Asajaya mendapati kawasan tersebut turut dinaiki air.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI