fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca panas, kering berterusan hingga 31 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca panas dan kering yang dijangka berterusan di sebahagian kawasan terutama di utara Semenanjung sehingga 31 Januari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, penelitian itu dibuat berdasarkan analisis beberapa model ramalan cuaca yang sedang digunakan pihaknya.

Sementara itu, penumpuan angin turut dijangka berlaku di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak bermula pada 29 Januari hingga 31 Januari.

“Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, saluran media sosial jabatan berkenaan serta aplikasi myCuaca bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI