fbpx
Polis menjalankan pemeriksaan ke atas pemandu kenderaan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Persiaran Senawang 1, awal pagi tadi. Foto IHSAN PDRM

Bunyi ekzos bising bongkar aktiviti samseng jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Bunyi ekzos motosikal bising membongkar kegiatan samseng jalanan yang sering berlaku di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini.

Bagaimanapun, kegiatan mereka berakhir apabila pihak berkuasa melakukan Operasi Samseng Jalanan dan mengeluarkan 73 saman atas pelbagai kesalahan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, risikan mendapati beberapa kumpulan penunggang motosikal menunggang secara melulu dan melakukan ubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam.

“Pemeriksaan telah dilakukan ke atas 23 motosikal dan 20 kereta, dengan 73 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi yang bermula pukul 2.30 pagi hingga 4.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kesalahan tertinggi direkodkan ialah ubah suai ekzos sebanyak 15 kes, diikuti tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi masing-masing enam kes.

“Selain itu, lima kes tiada lesen memandu, empat kes nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan serta kesalahan lain termasuk seorang penunggang bawah umur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN