fbpx
Mangilal menjadi pengemis selama beberapa tahun di Sarafa Bazaar, Indore. - Oddity Central

Pengemis rupanya hartawan, siap gaji ‘driver’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang peminta sedekah yang menghidap penyakit kusta di India mengejutkan orang ramai apabila dia memiliki banyak hartanah, kenderaan dan perniagaan, lapor laman berita Oddity Central. 

Lelaki dikenali sebagai Mangilal, 50 tahun itu diberkas pihak berkuasa di Sarafa Bazaar, negeri Madhya Pradesh. 

Tindakan pihakl berkuasa sebahagian daripada usaha bersepadu untuk menjadikan bandar Indore bebas pengemis. 

Selain hilang jari akibat kusta, Mangilal tidak boleh berjalan dan menghabiskan masa dengan duduk bersila di atas sebuah pelantar kayu yang dipasangkan  roda. 

Orang ramai mudah kasihan dan memberikannya wang. 

Selepas disoal siasat, Mangilal didapati memperoleh beribu-ribu rupee sehari dan memberikan pinjaman kepada pekerja di Sarafa Bazaar dengan faedah. 

Mangilal juga memiliki tiga rumah, dua kenderaan tiga roda yang disewakan dan sebuah kereta di mana dia mengupah seorang pemandu dengan gaji sebanyak 12,000 rupee (RM530). 

Mangilal berkata, wang yang diperoleh dengan mengemis itu bukan untuk kelangsungan hidup, sebaliknya sumber dana untuk pelbagai pelaburan. 

Hasil siasatan mendedahkan bahawa ahli keluarga Mangilal turut terlibat dalam aktiviti mengemis.

“Saya memang pergi ke sana tetapi tidak mengemis. Orang ramai yang memasukkan wang ke dalam poket saya atau membaling syiling dan wang kertas di atas papan kayu itu,” kata Mangilal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI