fbpx
AKSI mantap ditampilkan Sze Fei (kanan) dan Izzuddin bagi menempah final pertama mereka bagi saingan musim ini. - SHIDDIEQIIN ZON

Indonesia Masters: DinFei lengkap hari cemerlang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melengkapkan hari cemerlang Malaysia apabila berjaya melangkah ke pentas final pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Pada aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, bekas gandingan No.1 dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-9, 21-15 ke atas beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

Kemenangan itu menjadikan Sze Fei-Izzuddin sebagai wakil ketiga negara melangkah ke final Jelajah Dunia Super 500 berkenaan selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, beregu yang lebih dikenali dengan julukan DinFei itu tidak berdepan banyak masalah apabila berjaya menamatkan perlawanan dalam tempoh 28 minit sahaja.

Kemaraan beregu No.9 dunia itu ke perlawanan akhir sedikit sebanyak memberi kelegaan buat peminat sukan tanah air selepas rakan senegara yang juga juara bertahan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terkandas di suku akhir.

Menjelang perlawanan akhir esok, Sze Fei-Izzuddin akan berdepan beregu tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang menewaskan rakan sepasukan, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Atas kertas, kelebihan dilihat memihak kepada Raymond-Nikolaus apabila mereka memiliki rekod kemenangan 1-0 ke atas beregu negara selain faktor bermain di laman sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN