fbpx
Tangkap layar video @Papa Joe 2 pada TikTok berhubung kucing adiknya yang hilang selama sebulan telah ditemui semula.

[VIDEO] Itu baru kucing hilang, kalau jodoh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemilik kucing akhirnya menarik nafas lega apabila haiwan kesayangannya yang hilang selama sebulan telah ditemui semula.

Detik penuh emosi itu dikongsikan melalui sebuah hantaran oleh abang kepada pemilik kucing itu menerusi akaun TikTok @Papa Joe 2.

Dalam hantaran tersebut, pemilik kucing itu meluahkan rasa syukur apabila kucing yang dicari-cari sejak sebulan yang lalu akhirnya kembali.
“Sebulan dia hilang guys, akhirnya balik juga,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan terhadap hantaran tersebut.

“Jangan gelakkan dia. Kami yang membela kucing ini tahu apa yang dia rasakan,” ujar @Bunga Larangan.

“Faham sangat perasaan itu, menangis, gembira dan lega semuanya bercampur bila dapat jumpa semula kucing yang hilang. Hanya mereka yang benar-benar sayangkan kucing saja faham bagaimana rasanya,” kata @Kaklongdeela. – KOSMO! ONLINE

@johari5560♬ original sound – PAPA JOE 2

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN