fbpx
GORDON sekadar meledak dua gol pada aksi EPL setakat musim ini, namun cukup cemerlang di pentas saingan Eropah. - AFP

EPL: Howe tagih jaringan Gordon aksi liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui hairan dengan penyudah pemain sensasi, Anthony Gordon yang begitu menyerlah dalam kancah Liga Juara-Juara (UCL) tetapi ‘lemau’ ketika bersaing dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebagai rekod, Gordon yang juga pemain antarabangsa England itu dianggap cukup prolifik di pentas Eropah apabila meledak enam gol dalam tujuh perlawanan, tetapi hanya mampu melakukan dua jaringan dalam kempen liga domestik musim ini.

Howe berkata, Gordon perlu menggandakan prestasi jika mahu lebih konsisten dalam semua kejohanan kerana penyudahnya ditagih untuk membantu pasukan mendaki carta liga musim ini.

“Saya tidak faham kenapa Gordon lebih berbisa dalam saingan UCL. Kita boleh lihat dia begitu tajam apabila berjaya mencipta banyak hantaran menarik dan manfaatkan peluang terhidang sebaiknya.

“Namun, saya percaya masih ada beberapa ruang yang boleh dia capai dan harap dia dapat terus konsisten bantu pasukan menang pada aksi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Howe mengakui risau apabila kapten pasukan, Bruno Guimaraes masih belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan getir menentang Aston Villa, malam ini.

“Kecederaan Guimaraes tidak terlalu serius dan masih berpeluang untuk turun menentang Villa. Selain itu, Dan Burn juga sudah pulih daripada kecederaan sekali gus memberi kami lebih banyak pilihan di posisi pertahanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI