fbpx
Suee Lim pada majlis di Fiesta Kampung Baru Selangor 2026 di Klang.

Ternak babi: Belum ada kelulusan, kebenaran merancang di Bukit Tagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pelaksanaan cadangan pembinaan ladang babi berpusat di Bukit Tagar, Hulu Selangor belum ada sebarang kelulusan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) setakat ini.

Ini termasuk permit atau kebenaran merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada syarikat yang bersedia membangunkan ladang babi berkenaan.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menasihatkan supaya projek itu dibatalkan.

“Jadi, kita sedang menunggu makluman daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi mengadakan perbincangan lanjut (di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Tiada masalah, kita akan berbincang. Namun, di peringkat PBT belum ada perkembangan lanjut lagi,” katanya selepas merasmikan Fiesta Kampung Baru Selangor 2026 di sini, hari ini.

Semalam, Anwar menyarankan supaya projek ladang babi berskala besar itu dibatalkan susulan keresahan masyarakat pelbagai kaum dan turut menekankan nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN