APAKAH hukum makan di kawasan kubur? Sebab ada yang kata tidak boleh makan di kawasan kubur kerana kasihankan arwah yang melihat? JAWAPAN: Dalam menjawab persoalan ini, kami bahagikan kepada beberapa bahagian. Pertama, definisi kubur ialah tempat menanam mayat. Ia juga dikenali sebagai makam. Manakala ahli kubur ialah orang-orang yang sudah meninggal dunia. Sedangkan perkuburan pula ialah kawasan tempat menguburkan mayat atau juga disebut pemakaman. (Lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) Kedua, sunat menziarahi kubur. Terdapat banyak nas yang menunjukkan supaya…














