fbpx
LAMPARD mencipta reputasi hebat musim ini apabila mengemudi Coventry muncul pendahulu Liga Kejuaraan dan dianggap calon utama untuk dipromosi ke saingan EPL musim depan. - AFP

EPL: Palace cetus minat mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus pasukan Liga Kejuaraan, Coventry City, Frank Lampard dikait bakal kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas spekulasi hangat menggantikan Oliver Glasner di Crystal Palace.

Lampard yang memiliki pengalaman menguruskan Chelsea dan Everton sebelum ini dilantik mengemudi Coventry pada November 2024 dan hampir membantu pasukan itu dipromosi ke saingan utama sebelum mereka tewas pada aksi playoff.

Bagaimanapun, prestasi Coventry musim ini masih kekal cemerlang apabila muncul mendahulu saingan divisyen kedua itu apabila hanya tewas empat kali dalam 28 perlawanan menyebabkan Palace melihatnya sebagai salah seorang calon berpotensi.

Laporan menyebut, pemilik Palace, Steve Parish merupakan individu yang sangat mengagumi Lampard sekali gus menyaksikan peluang untuk beliau menggantikan Glasner di Selhurst Park dianggap cukup besar.

Bagaimanapun, Palace memerlukan pelan yang cukup sempurna untuk meyakinkan Lampard ketika Coventry ketika ini semakin hampir untuk meraih impian mereka dipromosi ke EPL musim ini selepas mencipta jurang enam mata dengan pasukan di tempat kedua ketika ini.

Selain Lampard, Palace juga sedang memantau secara dekat dua lagi calon iaitu pengendali Getafe, Jose Bordalas dan Jurulatih Rayo Vallecano, Inigo Perez sebagai calon yang untuk dibawa masuk.

Glasner sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu pada hujung musim nanti, ia ekoran beberapa keputusan yang dilakukan pihak pengurusan tidak mendapat persetujuannya termasuk menjual pemain pertahanan, Marc Guehi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN