fbpx
Poster dimuat naik dalam media sosial pada 'page' Senawang | macam-macam ada! didakwa berkaitan isu harga tapak bazar.

MBS tuntut permohonan maaf isu tapak bazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menuntut pentadbir media sosial Senawang | macam-macam ada! tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam susulan dakwaan harga tapak bazar khususnya di Dataran Senawang mencecah antara RM8,500 hingga RM14,000 yang ditularkan tanpa bukti.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, setakat ini MBS tidak menerima sebarang bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut walaupun ruang dan masa telah diberikan kepada pihak terlibat untuk mengemukakan fakta.

Menurutnya, penyebaran dakwaan tanpa bukti bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah menjejaskan imej penganjur serta peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri.
“Kalau ada bukti, saya boleh keluarkan kenyataan dan ambil tindakan. Tetapi setakat ini tidak ada bukti. Jika tidak ada, bermaksud perkara itu tidak berlaku,” katanya pada sidang media di Majlis Bandaraya Seremban, hari ini.

Katanya, MBS mengalu-alukan sebarang aduan, namun ia mestilah berasas dan disertakan bukti jelas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI