fbpx
SAARANI (tengah) pada Majlis Pelancaran Prospektus Kumpulan Kee Ming Berhad di sebuah hotel di Ipoh hari ini.

Pendekatan pembangunan Perak jelas, bina ekosistem ekonomi mampan – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan negeri Perak melalui pelan Perak Sejahtera 2030 telah menetapkan satu pendekatan pembangunan jelas bagi membina ekosistem ekonomi yang menyokong pertumbuhan industri bernilai tinggi secara mampan.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, pendekatan itu menekankan kepastian dasar, pembangunan infrastruktur strategik, tenaga dan teknologi, serta pemerkasaan modal insan sebagai asas daya saing jangka panjang.

“Dalam kerangka ini, sektor kejuruteraan mekanikal dan elektrikal merupakan antara komponen teras yang menyokong peralihan industri merangkumi sistem elektrik, penyaman udara dan pengudaraan mekanikal, perlindungan kebakaran, infrastruktur tenaga dan kecekapan operasi.

“Kepakaran ini bukan sahaja diperlukan, malah menjadi prasyarat kepada pembangunan industri moden,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Prospektus Kumpulan Kee Ming Berhad.

Katanya lagi, Perak kini sedang membangunkan nod-nod perindustrian strategik yang dirancang secara bersepadu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI