fbpx
SIMEN Alaxander Lyngbo meraikan gol jaringannya semasa menentang Selangor FC pada perlawanan Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.-Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Liga Super: Akmal Rizal puas hati komitmen pemain Kelantan TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Kelantan The Real Warriors (KTRW), Akmal Rizal Ahmad Rakhli tidak berasa ralat dengan kekalahan 1-2 kepada Selangor FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Akmal Rizal berkata, barisan pemainnya telah berjuang sepenuh hati ketika menentang Selangor yang dibarisi pemain kebangsaan dan import berkualiti apabila mengikuti pelan diatur dengan memberi tekanan awal sehingga mampu menghasilkan satu gol pada separuh masa pertama.

Menurutnya, pelawat bangkit membalas tekanan pada separuh masa kedua dan berlaku sedikit kesilapan serta kecuaian pada bahagian pertahanan KTRW sehingga perkara ditakuti berlaku apabila Faisal Halim meledakkan dua gol yang memuktamadkan kemenangan pelawat.

“Kecewa apabila kalah melalui jaringan saat akhir, tetapi kita tidak ralat dengan apa yang berlaku dan kita tahu kualiti Faisal. Sedikit sahaja ruang diberikan dan dia tahu bagaimana mahu meletakkan bola ke dalam gawang kita.

“Kita juga ada peluang satu lawan satu pada minit akhir, tetapi gagal dimafaatkan dan itulah beza kualiti pemain berpengalaman dimiliki Selangor berbanding pemain muda kita,” katanya selepas tamat perlawanan.

Akmal Rizal memberitahu, beliau risau melihat beberapa pemain mengalami kecederaan pada perlawanan malam tadi, menyebabkan skuad kendaliannya kini berdepan risiko kekurangan pemain tiga hari sebelum perlawanan timbal balas di Selangor, pada Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI