fbpx
JPJ menyita Nissan Skyline ER34 yang disyaki bergerak tanpa LKM sah dalam pemeriksaan di Taman Tengku Maheran, Jitra semalam. - Foto ihsan JPJ Kedah

Nissan Skyline ER34 tidak bayar cukai jalan lima tahun disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Tindakan seorang pemuda berusia 25 tahun memandu kereta jenis Nissan Skyline ER34 dipercayai tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah memakan diri apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.

Kereta tersebut disita ketika pemeriksaan di Kilometer 9, Jalan Darul Aman, Taman Tengku Maheran di sini kira-kira pukul 6.49 petang.

Pemuda itu merupakan anak kepada pemilik Nissan Skyline tersebut. Kenderaan tersebut dipercayai bergerak tanpa LKM sah selama lima tahun.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pemeriksaan mendapati kereta itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans sah dan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Katanya, alasan yang diberikan adalah masalah kewangan dan jarang menggunakan kereta tersebut, selain perlu membawanya ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) kerana tarikh luput LKM sudah melebihi tiga tahun.

“Pemilik mendakwa anaknya memandu kereta itu untuk memanaskan enjin dan menjemput adik di sekolah,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, JPJ mengeluarkan Notis Sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Notis JPJ (P) 22 terhadap pemandunya.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada kompromi atau layanan istimewa diberikan kepada sesiapa yang melakukan kesalahan termasuk kenderaan berprestasi tinggi. Tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasakan demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI