fbpx
Seekor ular sawa permaidani melingkar di atas dada Rachel ketika dia sedang tidur. - Rachel Bloor

Tengah nyenyak tidur, rasa benda berat hempap dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRISBANE – Seorang wanita di Brisbane, Australia mengalami detik mendebarkan apabila seekor ular sawa melingkar di atas dadanya ketika dia sedang tidur di rumah, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam kejadian malam semalam, Rachel Bloor sedang tidur di dalam bilik apabila dia terjaga kerana merasakan sesuatu yang berat menghempap dadanya.

Dia yang pada mulanya menyangkakan ia adalah anjing peliharaannya kemudian terkejut apabila melihat ular sawa permaidani sepanjang kira-kira 2.5 meter berada di atas dadanya.

Suami Rachel dengan segera menghidupkan lampu meja sebelum lelaki itu mula cemas melihat kehadiran ular tersebut.

“Jangan bergerak. Ada seekor ular sawa sepanjang kira-kira 2.5 meter di atas awak,” kata suami Rachel.

Tambah Rachel, dia cuba membebaskan diri dari bawah selimut sambil fikirannya laju memikirkan insiden luar biasa tersebut.

“Saya tidak percaya ia berlaku. Kejadian itu amat luar biasa,” katanya.

Rachel berkata, dia percaya ular sawa permaidani yang tidak berbisa itu masuk melalui tingkap biliknya yang dibiarkan terbuka.

“Ia amat besar sehinggakan apabila ia menyusur di atas badan saya, sebahagian ekornya berada di luar tingkap.

“Saya memegangnya untuk menggerakkannya, mujur ia tidak bertindak agresif. Ular itu cuma menyusur ke arah tangan saya,” kata Rachel.

Selepas berjaya membebaskan diri, Rachel dan suaminya menangkap ular itu dan membiarkan ia keluar melalui tingkap.

Ular sawa permaidani iaitu sejenis ular biasa yang terdapat di kawasan pantai Australia, kebiasaannya memakan mamalia kecil, burung dan cicak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN