LONDON, 19 Januari 2026 /PRNewswire/ — SUNRATE, iaitu platform pembayaran dan pengurusan perbendaharaan global, mengumumkan pada hari ini satu perikatan baharu bersama penyedia teknologi-pelancongan antarabangsa Juniper Travel Technology, lalu menekankan komitmen kedua-dua syarikat untuk memperkasakan masa depan perdagangan pelancongan global.
Sebagai sebahagian daripada usaha bersama ini, Juniper akan mengintegrasikan keupayaan pembayaran rentas sempadan dan pengeluaran kad komersial SUNRATE ke dalam ekosistem teknologi-pelancongannya. Ini akan membolehkan syarikat-syarikat pelancongan — seperti operator pelancongan, OTA, pemborong, DMC, ‘bed bank’ dan pembekal penginapan — untuk:
- Mengeluarkan dan menyelesaikan kad dalam lebih 15 mata wang
- Menetapkan had perbelanjaan yang bijak bagi memastikan kawalan penuh dan mencegah perbelanjaan berlebihan
- Mengurangkan penipuan dengan tetapan keselamatan yang boleh disesuaikan untuk mencegah transaksi tanpa kebenaran
- Menghasilkan penyata transaksi masa nyata, memenuhi keperluan penyesuaian yang berbeza-beza
- Mengoptimumkan kos FX dan mengurangkan risiko kadar pertukaran
- Mengutip bayaran perniagaan dalam lebih 30 mata wang
"Syarikat-syarikat pelancongan beroperasi dalam salah satu industri yang paling saling berhubung pada peringkat global, yang melaluinya pembayaran dan FX boleh menjadi hambatan," kata Paul Batchelor, Ketua Pembangunan Perniagaan, Eropah di SUNRATE. "Dengan menjalin kerjasama bersama Juniper, kami menggabungkan teknologi pelancongan bertaraf dunia dan infrastruktur pembayaran rentas sempadan generasi akan datang bagi membantu perniagaan pelancongan berkembang dengan lancar di seluruh dunia."
Toni Reina, Pengarah Perkongsian di Juniper menambah: "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan SUNRATE bagi menawarkan kepada pelanggan kami cara yang lebih cekap, telus dan global untuk mengurus pembayaran pembekal. Mengintegrasikan keupayaan SUNRATE ke dalam platform kami dapat meningkatkan nilai yang kami sediakan dan memperteguh komitmen kami kepada inovasi digital."
Kerjasama baharu ini dijangka akan dilancarkan kepada pelanggan secara progresif, dengan pengembangan produk selanjutnya dirancang sepanjang tahun 2026 dan seterusnya. Seiring dengan perkembangan ekosistem pelancongan yang semakin berciri digital dan saling berhubung, kolaborasi ini dijangka akan mengukuhkan kedudukan SUNRATE dan juga Juniper dalam menyampaikan penyelesaian hujung-ke-hujung yang akan memperkemas tempahan global, pengurusan pembekal serta operasi kewangan rentas sempadan.
Latar Belakang SUNRATE
SUNRATE ialah platform pembayaran dan pengurusan perbendaharaan global untuk perniagaan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2016, SUNRATE diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan mengupayakan syarikat-syarikat beroperasi dan berkembang pada peringkat tempatan dan juga global di lebih 190 negara serta wilayah menerusi platform proprietari yang canggih, rangkaian global yang luas dan juga API yang mantap.
Menerusi ibu pejabat perniagaan globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di Hong Kong, Jakarta, London dan Shanghai, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays, J.P. Morgan. SUNRATE juga merupakan ahli utama Mastercard, Visa dan UPI. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUNRATE, kunjungi https://www.sunrate.com/.
Latar Belakang Juniper Travel Technology
Juniper Travel Technology ialah syarikat teknologi pelancongan global terkemuka yang menawarkan penyelesaian dalam talian terbaik kepada operator pelancongan, pemborong, syarikat pengurusan destinasi (DMC), agensi pelancongan dalam talian (OTA), ‘bed bank’, syarikat penerbangan serta syarikat perkapalan, antara lain.
Menerusi pengalaman selama lebih 20 tahun dalam sektor ini, Juniper Travel Technology mempunyai lebih 550 pelanggan yang sudahpun mempercayai teknologinya. Di samping itu, ia mempunyai portfolio keterhubungan yang paling luas dalam pasaran yang terdiri daripada lebih 1,500 integrasi XML dengan penyedia luaran.
Pasukannya yang terdiri daripada lebih 400 ahli profesional sangat pakar dan komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan pembekalnya. Hasilnya, ia mengalami pertumbuhan yang ketara dalam pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka mengembangkan perniagaan dengan memperoleh syarikat-syarikat teknologi pelancongan yang terkemuka untuk memacu inovasi dalam industri pelancongan yang kian berkembang: Dome Consulting, IST Cruise Tech, Lleego, RezMagic dan Vervotech.
Ikuti Juniper Travel Technology:
Laman Web: https://ejuniper.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/juniper
Youtube: @Ejuniper_en
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4862066_MS62066_6














