fbpx

Rangkaian Robot AiMOGA Tampil Julung Kali pada Chery AI Night 2026, Pamer Pelbagai Aplikasi Dunia Nyata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WUHU, China, 19 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 17 Januari, Chery AI Night 2026 "Technology Meets AI" ("Teknologi Bertemu AI") telahpun diadakan di Wuhu, Wilayah Anhui. Sebagai acara andalan pertama "A Thousand and One Nights" ("Seribu Satu Malam") IP teknologi Chery bagi tahun 2026, acara ini memaparkan kemajuan terkini oleh Chery dalam pembangunan AI senario-penuh. Antara inovasi AI yang dipersembahkan, AiMOGA Robotics yang mewakili penerokaan Chery terhadap kecerdasan terkandung menjadi salah satu tumpuan utama pada malam berkenaan.

Daripada "Berfikir" kepada "Bertindak": AiMOGA Robotics sebagai Sorotan Utama AI Night

Tatkala AI maju melangkaui algoritma dan kuasa pengkomputeran menuju integrasi yang lebih mendalam dengan dunia fizikal, kecerdasan terkandung semakin dilihat sebagai laluan kepada aplikasi boleh skala. Tidak seperti sistem berasaskan skrin atau suara, kecerdasan terkandung menekankan kehadiran fizikal, tindakan autonomi dan maklum balas masa nyata yang mendayakan persepsi, pembuatan keputusan dan pelaksanaan dalam persekitaran sebenar.

Semasa AI Night, AiMOGA Robotics mendemonstrasikan peralihan ini dengan memperluas AI daripada domain digital kepada senario dunia sebenar. Dibina berasaskan kekuatan Chery dalam sistem pintar dan integrasi pembuatan, AiMOGA membawakan kecerdasan terkandung ke dalam kehidupan seharian dan juga persekitaran perkhidmatan awam.

Rangkaian Robot Lengkap Dipaparkan: AiMOGA Mempamerkan Panorama Aplikasi Berbilang Senario

Sebuah zon pameran dan interaksi AiMOGA khusus disediakan di tempat acara berkenaan yang melaluinya rangkaian robot AiMOGA muncul dalam pelbagai bentuk dan juga peranan. Barang pameran merangkumkan robot polis trafik "Wuyou" Intelligent Police R001 dan juga robot perkhidmatan perubatan RN001 "AiMOGA Care".

Para pengunjung berinteraksi rapat dengan robot-robot ini dan memerhatikan bagaimana kecerdasan terkandung menyokong komunikasi, panduan serta kolaborasi dalam persekitaran sebenar. Rangkaian robot AiMOGA menjadi salah satu tarikan yang paling banyak dikunjungi semasa berlangsungnya acara ini.

AI Melangkaui Automobil: AiMOGA Robotics sebagai "Keluk Pertumbuhan Ketiga" Chery

Dalam strategi AI Chery, automobil kekal menjadi pembawa teras, namun ia bukanlah satu-satunya. Sebagai salah satu keluk pertumbuhan ketiga Chery Group yang utama, AiMOGA Robotics berfungsi secara sinergi dengan mobiliti pintar, pembuatan pintar dan juga ekosistem manusia-kenderaan-rumah.

Menjelang tahun 2025, AiMOGA menghantar dan mengerahkan 300 robot dan juga 1,000 anjing robotik di lebih 30 negara dan wilayah. Robot humanoidnya, Mornine telahpun memperoleh pensijilan EU perkakasan dan juga perisian, lalu meletakkan asas bagi mencapai pengembangan global. AiMOGA tetap komited untuk membina pembantu pintar manusia yang dipercayai melalui teknologi praktikal serta aplikasi dunia nyata.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4865673_MS65673_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI