fbpx
ISHAK (kiri) ketika melawat reruai pada Program Literasi Kewangan di Politeknik Merlimau, Melaka semalam.

Guru di Selangor paling ramai bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Selangor merekodkan jumlah kebankrapan tertinggi di negara ini dengan golongan guru dikenal pasti sebagai penyumbang utama akibat pengambilan pinjaman peribadi.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Ishak Bakri ketika ditemui pemberita pada Program Literasi Kewangan di Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Menurutnya, dapatan berkenaan diperoleh hasil pelaksanaan program literasi kewangan di negeri itu yang mengesan kadar kebankrapan tinggi dalam kalangan kakitangan kerajaan, khususnya para guru.

“Kakitangan kerajaan di Selangor adalah yang tertinggi (bankrap) dan kebanyakannya adalah guru-guru, disebabkan membuat pinjaman peribadi.

“Guru-guru ni dia senang dapat pinjaman peribadi sebab dia tolak gaji. Itu statistik yang kita kumpul setakat ini,” katanya.

Ditanya sama ada pinjaman peribadi itu dibuat atas keperluan mendesak, beliau memberitahu kebanyakan kes didorong oleh sikap individu yang memanfaatkan kemudahan kelulusan yang dimiliki mereka tanpa sebarang perancangan kewangan.

Mengulas lanjut beliau berkata, program literasi kewangan merupakan pendekatan jabatan itu bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan lebih berhemah.

“Kalau dulu insolvensi ni dia lebih kepada macam menghukum tetapi perkembangan terbaru insolvensi ni kita kena bantu mereka untuk berubah, bukan lagi menghukum sebaliknya kena bagi kemudahan.

“Pada tahun lepas juga kira-kira 200,000 individu yang bankrap telah dibebaskan selepas kes mereka diteliti bagi memberi peluang kedua untuk membina semula kehidupan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN