fbpx

WeLab sempurnakan pembiayaan strategik Siri D AS$220 juta, menjadi pengumpulan modal perbankan digital terbesar di Asia pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG, 19 Januari 2026 /PRNewswire/ — WeLab, iaitu platform fintech (teknologi kewangan) pan-Asia yang terkemuka, mengumumkan kejayaan penutupan pembiayaan strategik Siri D dengan memperoleh dana sebanyak AS$220 juta. Ini merupakan pengumpulan modal perbankan digital yang terbesar di Asia bagi tahun 2025 dan pusingan pendanaan terbesar sejak penubuhan WeLab, lalu memperlihatkan keyakinan pelabur yang kukuh terhadap visi dan trajektori pertumbuhan boleh skala WeLab.

Pusingan pembiayaan ini yang terdiri daripada hutang dan juga ekuiti, mendapat pelaburan daripada sejumlah besar pelabur baharu, di samping sokongan padu daripada pelabur sedia ada dan juga rakan kongsi modal strategik, termasuk Prudential Hong Kong Ltd, Fubon Bank (Hong Kong), Hong Kong Investment Corporation (HKIC) (diumumkan lebih awal pada April 2025), TOM Group (pelaburan ikutan), Allianz X (pelaburan ikutan) dan HSBC.

Pelaburan ini akan mendorong pengembangan WeLab di Asia Tenggara, sekali gus memperdalam kepimpinannya di Hong Kong melalui ekosistem produk yang lebih beraneka dan lebih terpelbagai serta pemerolehan pelanggan yang dipercepat. Ia juga akan memperkasakan penciptaan jenis perniagaan inovatif yang memanfaatkan teknologi canggih, memacu peningkatan produk dan platform yang berterusan dan menyokong peluang Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) yang strategik. Inisiatif ini memperkukuh cita-cita WeLab bagi menubuhkan bank digital serantau yang terkemuka di Asia, seterusnya mencipta semula masa depan perkhidmatan kewangan.

Pengumpulan modal ini juga akan menyokong inisiatif-inisiatif ke arah mencapai visi AI WeLab yang diumumkan baru-baru ini dan perkongsian strategik yang mengutamakan AI bersama Google yang bertujuan untuk mencipta semula inovasi perbankan digital di seluruh Asia. Pelaburan ini akan memacu pembangunan ejen AI termaju, keupayaan hiperpersonalisasi dan pendekatan pemasaran moden, seterusnya membawakan pengalaman pelanggan yang lebih menarik dan hasil perniagaan yang cekap.

Berasaskan kepimpinan pasaran WeLab di Hong Kong, dengan WeLab Bank menjadi bank digital terbesar dari segi hasil dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 Bank Digital Terbaik Dunia oleh Euromoney, WeLab Bank memperoleh pelbagai anugerah industri sepanjang tahun 2025, termasuk "Bank Digital Terbaik untuk Pengguna – Hong Kong" oleh Euromoney Awards for Excellence 2025 dan "Bank Digital Terbaik – Hong Kong" dan "Bank Terbaik untuk Rangkuman Kewangan – Hong Kong" oleh FinanceAsia Awards 2025. Penyampaian AI akan menjadi pemacu utama bagi skala, keluasan produk dan inovasi yang berterusan. Dengan mengintegrasikan penyelesaian AI yang canggih, WeLab bersedia untuk menetapkan standard baharu untuk perbankan digital, baik di Hong Kong, Bank Saqu Indonesia mahupun di seluruh rantau ini.

Simon Loong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WeLab, berkata, "Dengan operasi merentas tiga pasaran dan dua bank digital di Hong Kong dan Indonesia, WeLab membina skala dan juga kedalaman bagi pengalaman operasi. Asas ini, terbukti dengan pertumbuhan pelanggan kami yang pesat dan kepimpinan pasaran, memberi kami kekuatan untuk merebut peluang baharu, mempercepat pengembangan dan berinovasi pada kadar yang pantas. Dalam landskap yang dinamik pada hari ini, kami berada pada masa terbaik, dengan skala terbaik bagi mendahului babak perbankan digital yang seterusnya di Asia."

Latar Belakang WeLab

WeLab, iaitu platform fintech (teknologi kewangan) pan-Asia yang terkemuka, mengendalikan dua bank digital serta pelbagai perkhidmatan kewangan dalam talian dengan kedudukan yang utama di Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia, berserta lebih 70 juta pengguna individu dan lebih 700 pelanggan perusahaan. WeLab menggunakan teknologi yang mengubah keadaan untuk membantu pelanggan mengakses kredit, menjimatkan wang serta menikmati perjalanan kewangan mereka.

Diperkasakan oleh teknologi pengurusan risiko proprietari, teknik pengkomputeran privasi dipatenkan dan keupayaan AI termaju, WeLab menawarkan penyelesaian pembiayaan pengguna berasaskan mudah alih dan perkhidmatan perbankan digital kepada individu runcit dan penyelesaian teknologi kepada pelanggan perusahaan.

WeLab beroperasi dalam tiga pasaran di bawah beberapa jenama utama, termasuk WeLend dan WeLab Bank di Hong Kong, pelbagai jenis perniagaan di Tanah Besar China dan juga Bank Saqu di Indonesia.

WeLab disokong oleh pelabur-pelabur yang paling terkenal termasuk Allianz X, China Construction Bank International, International Finance Corporation, dana kekayaan negara Malaysia Khazanah Nasional Berhad, TOM Group dan Sequoia Capital.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: www.welab.co, atau ikuti WeLab melalui LinkedIn dan Facebook.

Pertanyaan media: 
Pasukan Komunikasi Kumpulan WeLab
Emel: [email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864025_MS64025_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI