fbpx
SLOT

EPL: Slot berdepan ejek peminat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Masa depan Arne Slot selaku pengurus Liverpool sekali lagi menjadi cerita utama selepas diejek oleh penyokong sendiri ketika seri 1-1 dengan Burnley di Anfield, kelmarin.

Walaupun kedudukannya dilihat makin tergugat, Slot mahu mengambil pendekatan lebih positif dan mengakui kekecewaan yang dihadapi oleh peminat.

“Apa yang bermain di dalam fikiran saya, itu bukannya ejekan, tetapi ia adalah kekecewaan. Kami adalah Liverpool yang menentang Burnley, kredit juga perlu diberikan kepada pasukan lawan atas kerja keras mereka bertahan.

“Jika kamu adalah pengurus dan pemain Burnley, kamu akan lakukan apa saja untuk elak dibolosi. Untuk kami, jika kami tidak berasa kecewa dengan keputusan seri, sudah pasti ada sesuatu yang tidak betul.

“Jadi, saya cukup faham mengenai kekecewaan itu. Saya dan pemain juga pastinya berasa kecewa, sama seperti apa yang dirasai oleh penyokong kami,” katanya.

Ini adalah keputusan seri keempat berturut-turut The Reds dan kini misi untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok empat teratas makin dicabar hebat, malah kini dipisahkan satu mata dengan seterunya, Manchester United yang mengutip 35 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN