GUA MUSANG – Seorang bapa dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan anaknya semasa mandi di Sungai Lebir di sini hari ini.
Mangsa, Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, sempat menyelamatkan anaknya yang hampir lemas sebelum dia sendiri tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan l, Nik Mohd. Fakri Md. Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.04 petang berkaitan kejadian tersebut sebelum seramai lapan anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 64 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang.
Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.30 petang dan mendapati pergerakan arus yang deras dan dalam.
“Mangsa masih gagal dikesan sebelum operasi mencari ditangguhkan ditamatkan kira-kira pukul 7.46 malam dan akan disambung semula pagi esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE














