JEMPOL – Penduduk Felda Raja Alias 4, di sini masih tertanya-tanya mengenai bunyi seakan-akan haiwan liar awal pagi tadi.
Seorang penduduk, Mazuan Zainal Abidin, 36, berkata, kejadian itu disedari ibunya pada pukul 2.30 pagi selepas terdengar bunyi anjing menyalak diikuti bunyi ngauman.
Bagaimanapun katanya, wanita itu tidak memeriksa keadaan di luar rumah, sebaliknya hanya memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada keesokan harinya.
“Bila periksa rakaman CCTV, bunyi ngauman itu memang jelas dan nampak beberapa ekor anjing bertempiaran lari. Saya periksa di luar, memang tiada bangkai atau bulu ayam dan tapak kaki binatang. Kejadian ini pertama kali berlaku dan kekal misteri sampai sekarang.
“Saya tidak membuat laporan kerana tidak pasti sama ada itu haiwan liar atau sebaliknya tambahan pula tidak mahu menakutkan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE














