fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah terlepas tiket ke pentas final Terbuka India. - SHIDDIEQIIN ZON

Fukushima-Matsumoto sekat hajat Pearly-Thinaah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR -Impian beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk menempah slot ke pentas final Terbuka India tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, sebentar tadi.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu, pasangan negara terpaksa akur tewas menerusi pertarungan straight set 16-21, 13-21 di tangan lawan yang menghuni ranking keenam dunia itu dalam tempoh 46 minit.

Pearly-Thinaah bergelut seawal set pertama apabila rentak permainan mereka dikawal lawan menyebabkan mereka ketinggalan 7-11.

Biarpun cuba memberikan saingan sengit untuk merapatkan jurang 12-18, ketangkasan pasangan Jepun itu menyaksikan wakil negara tewas 16-21 dalam tempoh 18 minit di set pertama.

Malang terus menimpa kem negara pada set kedua apabila permainan terhenti seketika ketika ketinggalan 1-9 selepas Pearly mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kanan, namun memilih untuk meneruskan permainan.

Situasi bertambah parah apabila Thinaah pula mengalami kecederaan pada jari ketika mereka jauh ketinggalan 7-16 sehingga memerlukan rawatan perubatan di tepi gelanggang.

Walaupun beraksi dalam keadaan menahan sakit, beregu wanita negara itu tetap berjuang tinggi untuk mengejar mata sehingga 13-20, namun kebangkitan lewat itu tidak mencukupi apabila gandingan Jepun berjaya menutup aksi dengan kemenangan 21-13.

Keputusan itu menyaksikan rekod kemenangan Pearly-Thinaah ke atas Fukushima-Matsumoto semakin mengecil kepada 5-4.

Ini juga merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pasangan negara di tangan lawan sama, selepas turut tewas pada pertemuan terakhir di Jelajah Dunia Final 2025. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN