fbpx
Mohd. Shafie

Tiada lagi kawasan ‘deposit tetap’ – Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada lagi kawasan boleh dianggap sebagai ‘deposit tetap’ oleh mana-mana parti politik kerana landskap politik Malaysia telah berubah.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, rakyat hari ini mahukan wakil rakyat yang mampu melakukan kerja.

“Rakyat mahu wakil yang menghasilkan perubahan. Sabah juga tidak terkecuali daripada arus perubahan ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau mengulas tentang Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 24 Januari ini.

Tempoh berkempen PRK tersebut ditetapkan selama dua minggu bermula esok sehingga pukul 11.59 malam pada 23 Januari 2026.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tarikh mengundi awal adalah pada 20 Januari 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN