fbpx
RIFDEAN meraih bonus 350,000 bath selepas membenam petinju Indonesia, Mohamad Redho.

Mohamad Redho tumbang terkena siku ‘emas’ Rifdean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor membuktikan dia adalah pencabar sebenar selepas mudah menewaskan petarung dari Indonesia, Mohamad Redho di ONE Friday Fight 138 di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.

Pada aksi kategori Atomweight, Rifdean mempamerkan perlawanan cukup garang sebaik memasuki gelanggang apabila hanya memerlukan 2 minit 34 saat pada pusingan pertama untuk menumbangkan pencabar berusia 26 tahun Indonesia itu menerusi knockout (KO).

Kemenangan bergaya itu berpunca daripada serangan siku tajam yang dilancarkan Rifdean, sekali gus menamatkan perlawanan dengan pantas.

Rifdean tidak membuka ruang kepada Mohamad Redho untuk bangkit selepas gabungan tumbukan, siku dan tendangan mematahkan cubaan lawannya itu melakukan serangan balas.

Rifdean mengakui gembira dengan kemenangan tersebut dan terima kasih kepada penyokongnya yang hadir ke Bangkok menyaksikan perlawanan itu.

“Pertama sekali, terima kasih kepada gim saya Sor Sommai, penaja dan rakan-rakan. Kali ini saya tunjukkan yang terbaik. Saya sangat gembira hari ini. Terima kasih rakyat Malaysia semua yang menyokong saya,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Persembahan memukau atlet berusia 23 tahun itu turut menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong yang memberikan bonus prestasi sebanyak 350,000 Baht (kira-kira RM46,000).

Hasil kemenangan tersebut, Rifdean kini telah melakar tiga kemenangan berturut-turut selepas menewaskan petarung dari Thailand, Bernueng Sor Salacheep dan Nongbia LaoLaneXang dari Laos. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN