fbpx
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki bersahaja mencabut lapisan tar yang rapuh seperti biskut. - Instagram

Penduduk marah,  jalan tar ‘cap biskut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan penduduk sebuah perkampungan di Gianyar, wilayah Bali mencabut lapisan tar daripada sebatang jalan yang baru diturap, lapor portal berita Bisnis Bali. 

Kejadian berlaku di Desa Sumita, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @my_tampaksiring menunjukkan seorang lelaki secara bersahaja mencabut kepingan tar menggunakan tangannya.

Tar tersebut rapuh seperti biskut dan boleh dipatahkan dengan mudah sekali gus berbahaya kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.  

Ketua Jabatan Kerja Raya dan Perancangan Ruang (PUPR) Gianyar, Gede Made Astawiguna berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian pada Isnin lalu. 

Pentadbiran Gianyar meminta orang ramai untuk bertenang di samping memberi jaminan bahawa pengawasan projek infrastruktur kekal menjadi keutamaan demi keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN