fbpx
Jennifer sedia mengikuti kehendak skrip termasuk melakukan babak intim seperti bercumbuan dengan aktor gandingan.

Jennifer Lawrence tak selesa jayakan babak intim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DEMI memenuhi plot cerita, aktres  Jennifer Lawrence sedia mengikuti kehendak skrip termasuk melakukan babak intim seperti bercumbuan dengan aktor gandingan.

Namun, akui bintang filem Hunger Games itu, adegan santai di dalam filem tidak semudah disangkakan ketika penggambaran.

Bagi pelakon berusia 35 tahun itu, sejujurnya dia mengakui canggung apabila perlu beraksi intim dengan aktor yang dikenalinya.

Menurut Lawrence, dia lebih selesa bergandingan dengan pelakon baharu atau lelaki tidak dikenali bagi membawakan adegan ‘panas’. 

“Kalau sudah saling mengenali, rasanya (beraksi) jadi aneh. Ada beban emosi yang terbawa-bawa ketika penggambaran.

“Jika bersama orang yang kita tak kenal, buat babak mesra jadi lebih lancar. Kita lebih fokus untuk mendalami karakter,” katanya yang menekankan kepentingan komunikasi dengan rakan gandingan sebelum adegan sensitif dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI