fbpx
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Penubuhan ‘Rumah Bangsa’ satukan bekas pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas pemimpin dan ahli UMNO yang pernah meninggalkan parti itu berpeluang kembali menyertai perti berkenaan menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa berkenaan berperanan sebagai platform rasmi menerima kemasukan semula ahli secara individu mahupun secara berkumpulan.

“Pintu rumah bangsa ini sentiasa terbuka luas. Di sini kita dilahirkan, dibesarkan. Di sini juga kita mengadun erti perjuangan.
“Bagi menyambut kembali kepulangan saudara-saudara, adik-beradik dan ahli keluarga kita, Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan ditubuhkan bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak, baik secara individu atau secara ‘en bloc’ (berkumpulan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI