fbpx
Anggota polis ketika mengangkat mayat mangsa dari rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman.

Mayat suami isteri ada kesan tikaman pada leher, dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Hasil bedah siasat ke atas pasangan suami isteri yang ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman mendapati mereka mengalami luka akibat tikaman.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bagi mangsa lelaki yang berusia 45 tahun, terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam pada bahagian leher dan dada mayat guru besar tersebut.

Manakala, hasil bedah siasat ke atas mayat isterinya yang berusia 44 tahun pula mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher.
“Sebab kematian mangsa lelaki disahkan akibat kecederaan di leher dan dada akibat luka tikaman, manakala kematian isterinya disahkan sebab kecederaan di leher akibat luka tikaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat pasangan suami isteri itu selesai dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak semalam.

Katanya, siasatan berhubung kes tersebut masih diteruskan secara menyeluruh dan terperinci. Setakat ini, seramai 21 saksi terdiri daripada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa dirakam keterangan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI